Trending

Potensi garam apong premium

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUSA: Garam apong sebagai bahan organik yang mempunyai nilai premium berkehendakkan cara pengeluaran moden.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kini penghasilan garam apong masih bergantung kepada kaedah konvensional.

“Garam apong merupakan satu organik yang nilainya premium dan kita berkehendakkan saintis, bagaimana mentransformasi kaedah pengeluarannya kepada lebih moden.

“Justeru, kita hendak mewujudkan cara baharu untuk mendapatkan getah apong bagi mencipta produk baharu berasaskan garam apong dan gula apong.

“Pengkaji akan membuat kajian dan sebab itu ditubuhkanLembaga Pembangunan Sagu dan Nipah kerana kita percaya ia memberi kesan pembangunan kepada ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Rumah Terbuka Gawai Raya Peringkat Parlimen Batang Lupar di Dataran Tandang Sari, semalam.

Berhubung kajian penghasilan gas metana daripada apong jelasnya, sedang dalam kajian.

“Di Kampung Teh, Mukah, kita telah mengkaji untuk menggunakan sisa sagu, yang mengeluarkan gas metana (untuk memasak).

Jika harga gasnya murah, maka industri kotej domestik boleh diwujudkan.

“Maka, kita juga buat kajian sama… sama ada apa yang dibuat di Mukah, sesuai di Batang Saribas kerana di sini banyak apong,” ujarnya.

Tegasnya, ini dapat menambah nilai kepada industri berasaskan kepada apong dan sagu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru