ARTIKEL

Dr Rundi dan tetamu lain melepaskan anak ikan ke dalam sungai yang telibat dalam sistem tagang.

Kpg Terbat Mawang berpotensi jadi lokasi model pembangunan ekopelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, menyeru masyarakat mengamalkan pembangunan lestari dan ekopelancongan, khususnya di Kampung Terbat Mawang.

Beliau percaya kampung itu mampu menjadi lokasi model pembangunan ekopelancongan, sejajar dengan usaha pendigitalan Sarawak serta inisiatif pertanian pintar.

“Mereka boleh melibatkan diri dalam pemasaran dalam talian dan kerajaan juga memberikan bantuan.

“Saya yakin Kampung Terbat Mawang mempunyai masa depan cerah dalam ekopelancongan,” katanya ketika lawatan kerja rasmi Projek Tagang di Kampung Terbat Mawang, di sini.

Ketika lawatan itu, sebanyak 6,000 anak ikan dilepaskan ke Sungai Kampung Terbat Mawang.

Dr Rundi turut memuji usaha penduduk kampung itu menjayakan ternakan ikan mereka menggunakan sistem tagang, dengan jualan ikan ditetapkan pada harga RM250 sekilo.

Bagaimanapun, katanya, terdapat cabaran untuk mengekalkan pendapatan tersebut dan beliau mencadangkan sumber pendapatan tambahan lain menerusi kegiatan ekopelancongan.

“Saya pasti ada beberapa cara untuk mewujudkan sistem lebih baik, yang dapat diperbaiki bukan sahaja meningkatkan pengeluaran ikan tetapi juga memastikan mereka menerima pulangan yang lumayan.

Baca lain  Niat menyambut Gawai bersama keluarga tidak kesampaian bagi mendiang Joana Felicia

“Selain aktiviti pertanian, saya ingin mencadangkan penduduk kawasan ini mendalami sektor ekopelancongan.

“Difahamkan, mereka sudah mempunyai rancangan untuk membina chalet bagi menarik pengunjung dan mungkin mengenakan bayaran masuk. Ini harus diteliti dan dikaji semula dengan teliti,” katanya.

Pada masa sama, Rundi menggalakkan penggunaan teknologi digital, seperti pemasaran dalam talian, untuk mempromosikan produk dan menarik pengunjung ke kampung itu.

Beliau turut menekankan keperluan bagi strategi pemasaran yang berkesan untuk mengurus jangkaan ketersediaan produk bermusim.

Pada program itu, Dr Rundi memperuntukkan jumlah RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) dan ahli projek sistem tagang bagi menyokong aktiviti mereka.

Selain itu, beliau turut menyumbang RM10,000 kepada biro wanita untuk membantu menganjurkan aktiviti berkaitan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Datuk Martin Ben, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU