PPV BCCK kini beri suntikan Sinovac, Pfizer

KUCHING: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) memberi suntikan vaksin Covid-19 Sinovac dan Pfizer-BioNTech, bermula hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ini kerana PPV tersebut telah melengkapkan suntikan dos pertama penerima vaksin AstraZeneca (AZ).

Kui Hian memberitahu, untuk suntikan dos kedua AZ ia memerlukan tempoh seawal enam minggu selepas suntikan pertama.

“Justeru, PPV di BCCK akan beroperasi sepenuhnya dalam membantu PICK.

“PPV di BCCK akan menjadi pusat tambahan kepada PPV di Stadium Perpaduan, Klinik Kesihatan, Auditorium Hospital Umum Sarawak (HUS), Kozi Square, hospital swasta, klinik pengamal perubatan am serta Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebagai rekod, PPV di BCCK dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin AZ sejak 7 Jun lalu bagi membantu pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Suara Sarawak