SIBU: Pusat Pemberian Vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi Fasa II bertempat di Stadium Tertutup Sibu hari ini (Isnin) telah dikunjungi bagi mereka yang dikategorikan dalam golongan berisiko tinggi, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Program bermula seawal jam 8 pagi dan dijangka selesai pada jam 5 petang nanti.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Kesihatan Negeri Dr Annuar Rapaee telah hadir bagi merasmikan program.
Turut hadir mengiringinya ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) merangkap Pemangku Residen Bahagian Sibu Wong Hie Sieng dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.
Dianggarkan sekitar 700 ke 800 dari golongan warga emas akan menerima suntikan vaksin masing-masing mengikut temujanji mereka hari ini.
Difahamkan hari ini, mereka yang diberikan suntikan adalah golongan warga emas yang berusia 75 tahun ke atas.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021
KEADAAN suasana pada program tersebut yang bermula di Sibu bagi Fasa II di Sarawak.