TATAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau ditutup secara rasmi pada Rabu selepas semua individu yang layak menerima suntikan Covid-19 telah divaksin.
PPV yang dibuka sejak Mac lalu itu telah menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Daerah Tatau.
Sementara bagi penduduk yang belum mendapat vaksinasi, mereka boleh hadir ke Klinik Kesihatan Tatau pada hari Sabtu ini.
Mewakili Pemangku Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau, Winnie Dian dalam satu jamuan ringkas menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.