Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

PPV IPT Mega Unimas berjaya vaksinasi seramai 106,610 orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KOTA SAMARAHAN: Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi Mega Unimas (PPV IPT Mega Unimas) sudah memvaksin seramai 106,610 orang sejak ia beroperasi pada 14 Jun lepas.

Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata daripada jumlah itu, seramai 53,189 orang adalah penerima vaksin dos pertama bagi tempoh 14 Jun hingga 2 Julai dan 53,421 orang merupakan penerima vaksin dos kedua setakat 23 Julai lalu.

“Rekod jumlah dos suntikan vaksin yang tertinggi pernah dicapai oleh PPV IPT Mega UNIMAS secara harian ialah pada 25 Jun dengan jumlah penerima seramai 5,584 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam usaha membantu mencapai imuniti kelompok yang tinggi, beliau berkata PPV ini juga telah melakukan program vaksinasi bersama komuniti melibatkan 3,210 orang penduduk dari 27 buah perkampungan di kawasan Kuching dan Samarahan.

Mohamad Kadim berkata perkhidmatan bas juga disediakan untuk membawa penduduk dari perkampungan terbabit mendapatkan suntikan vaksin di PPV berkenaan.

Justeru, beliau menyifatkan kejayaan PPV IPT Mega Unimas tercapai kerana semangat kesukarelawan yang tinggi selain daripada penggunaan sistem pengurusan penggiliran atau dikenali sebagai QVAC.

Katanya seramai 800 orang sukarelawan yang terlibat dalam sepanjang PPV ini beroperasi melibatkan pelajar dan kakitangan Unimas sendiri.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang