PPV Unimas tidak terima ‘walk-in’

KUCHING: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Unimas tidak menerima mana-mana individu yang datang secara ‘walk-in’ untuk tujuan vaksinasi.

Dalam satu kenyataan ringkas, Unimas berkata pihaknya hanya menerima individu yang mempunyai temu janji pada hari yang ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera.

“Oleh itu, individu yang cuba untuk masuk PPV Unimas secara ‘walk-in’ tidak akan dilayan.

“Kita juga menasihatkan mereka dari sektor industri untuk tidak berbuat sedemikian kerana difahamkan terdapat pengurus syarikat yang memberi surat sokongan kepada pekerja mereka untuk hadir mendapatkan vaksin.

“Mereka ini tidak dapat diterima kerana tidak mempunyai temu janji untuk berbuat sedemikian,” kata Unimas kenyataan hari ini.

Unimas turut menjelaskan, vaksin yang diperuntukkan untuk hari tertentu hanya untuk individu yang mempunyai temu janji pada hari tersebut.

Suara Sarawak