ARTIKEL

Indonesian Defense Minister, who is also the President-elect for 2024-2029, Prabowo Subianto walk to a press conference room after a meeting at Bogor Presidential Palace in Bogor, April 29, 2024. (Photo by BAY ISMOYO / AFP)

Prabowo rancang tubuhkan Kelab Presiden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto merancang untuk menubuhkan sebuah Kelab Presiden dengan matlamat untuk mengadakan perbincangan dalam kalangan bekas presiden termasuk Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Joko Widodo yang bakal bersara nanti.

Menurut jurucakapnya, Dahnil Anzar, Kelab Presiden itu menyediakan sebuah platform untuk Prabowo dan Naib Presiden Terpilih Gibran Rakabuming Raka untuk mendapatkan pandangan daripada pemimpin sebelum mereka.

“Kelab Presiden, walaupun bukan sebuah institusi rasmi, ia menggalakkan perjumpaan tetap untuk bekas presiden membincangkan isu penting negara, menggalakkan perpaduan sebagai contoh,” katanya seperti dipetik oleh portal berita investor.id.

Dahnil berkata inisiatif ini menggariskan kepentingan perpaduan biarpun terdapat perbezaan politik, terutamanya selepas Pilihan Raya Presiden 2024.

“Prabowo berharap sebagai sebuah negara yang hebat, pemimpinnya bersatu padu, harmoni dan bekerja untuk kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan politik,” katanya.

Ditanya akan rancangan itu selepas melawat pameran kenderaan elektrik di Jakarta Pusat, Joko Widodo atau Jokowi menyatakan sokongan terhadap cadangan Prabowo dan mencadangkan perjumpaan diadakan dengan kerap, kemungkinan setiap dua hari.

Seorang ahli politik kanan daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Hendrawan Supratikno berkata cadangan Prabowo adalah baik tetapi ia perlu diperhalusi.

Bercakap kepada media Indonesia, beliau berkata jika ia hanya untuk perhimpunan sosial atau perbincangan paras tinggi berkenaan isu strategik negara, mereka perlu lebih maklumat.

Bagaimanapun, beliau percaya Megawati Soekarnoputri, Pengerusi PDIP dan Presiden Kelima Indonesia itu menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada kepentingan negara.

Pada 23 April lepas, parti terbesar Indonesia, PDIP mengumumkan Jokowi dan anaknya Gibran bukan lagi ahli parti itu selepas mereka menyokong calon lawan, Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden barubaru ini. – Bernama

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli