ARTIKEL

Premier beri cadangan atasi kekurangan 3,000 guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak kini berunding dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu kekurangan lebih 3,000 guru di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, butiran rundingan antaranya melibatkan cadangan supaya universiti di Sarawak dibenarkan menyediakan kursus perguruan.

“Usaha ini bertujuan untuk menambah guru di Sarawak dengan memberi perhatian kepada anak tempatan dilantik untuk mengajar di sekolah,” katanya.

Aang Johari berkata demikian semasa menjawab soalan dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda di sini semalam.

Sesi berkenaan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) .

Pada peringkat permulaan, usaha itu sedang dilaksanakan di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan kursus perguruan tersebut diiktiraf oleh KPM.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU