HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Premier bukan atas dasar peribadi tetapi untuk Sarawak – Abg Jo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERUCAP... Abang Johari berucap sempena Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, malam tadi. (F: UKAS)
BERUCAP… Abang Johari berucap sempena Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, malam tadi. (F: UKAS)

KUCHING: Pindaan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier tidak dilaksanakan atas dasar peribadi tetapi untuk seluruh negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, gelaran itu juga bukan untuk dibanggakan tetapi dilakukan kerana melihat status Sarawak berbeza dengan negeri Persekutuan Tanah Melayu yang lain.

“Sarawak adalah satu entiti yang berbeza daripada negeri-negeri lain dalam Malaysia dan ia perlu konsisten dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Justeru, perkara ini (pindaan gelaran Ketua Menteri kepada Premier) bukan untuk saya tetapi dilaksanakan bagi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, malam tadi.

Sehubungan itu, tambahnya perkara tersebut juga merupakan satu pengiktirafan istimewa kepada negeri ini.

“Tanpa Sarawak, Malaysia tiada…dengan adanya Sarawak dan Sabah maka sebab itulah terbentuknya Malaysia,” katanya.

DUN Sarawak meluluskan pindaan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022 mendapat sokongan majoriti Adun, sempena persidangan DUN pada 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, buat masa ini istilah Premier yang sesuai dalam bahasa kebangsaan bagi jawatan pemimpin nombor satu Sarawak itu belum lagi diputuskan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru