Trending

Premier gesa UTS teroka idea baharu manfaatkan sumber di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru Universiti Teknologi Sarawak (UTS) meneroka idea-idea baharu untuk memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri ini.

Menyatakan kelestarian sebagai kunci utama di negeri ini, Abang Johari memberitahu bahawa menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, Sarawak memerlukan rakyat yang berkemahiran dan berbakat yang boleh meningkatkan keupayaan mereka dan menambah nilai kepada sumber negeri.

Kini, katanya Sarawak telah menghasilkan biofuel dan kini menghasilkan bahan bakar penerbangan yang mampan daripada mikroalga.

“Justeru saya berharap UTS boleh menerokai idea-idea baru untuk mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UTS sesi kedua di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggariskan pentingnya rakyat Sarawak menguasai elemen menganalisis data, sambil mengakui potensi besar data tersebut dalam membentuk masa depan negeri ini.

“Kami memerlukan penganalisis data kerana data adalah ‘minyak’ baharu pada masa hadapan.

Kami juga memerlukan orang yang mampu menguraikan dan menterjemahkan data melalui proses pengkodan.  

“Jika kita mempunyai data, kita juga perlu tahu cara menterjemah data tersebut melalui proses pengekodan dan penyahkodan…itu adalah sesuatu yang berharga dan mesti dilindungi,” ujarnya.

Seiring dengan perlindungan ini, beliau juga menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk mempunyai penganalisis keselamatan siber dalam melindungi data yang boleh menjadi asas untuk Sarawak terus maju.

Selain itu, beliau turut menyeru para graduan menceburi bidang robotik juga reka bentuk cip khususnya untuk sektor pertanian.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru