ARTIKEL

Premier hadir Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Masjid Jamek 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini bersama-sama masyarakat tempatan hadir di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini, menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1444H/2023 Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Abang Johari yang berbaju Melayu berwarna kuning dan segak bersampin kuning tiba pada jam 6.25 petang diiringi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sejurus tiba dan meluangkan masa sebentar bersalaman dengan jemaah, Abang Johari menunaikan solat sunat dan seterusnya bersama-sama jemaah lain menunaikan solat Maghrib.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Sahibul Fadillah Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan Ceramah Khas Maulidur Rasul “Sarawak Makmur Ummah Sejahtera” oleh Sahibus Samahah Datuk Kipli Yassin.

Hadir sama isteri Premier Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, dan Hubungan Persekutuan Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU