ARTIKEL

Premier kunjungi lapan rumah terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengunjungi lapan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ketiga, hari ini.

Beliau meluangkan masa mengunjungi kesemua rumah terbuka itu selepas menganjurkan rumah terbuka di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari raya pertama dan kedua.

RAKAMAN KENANGAN… Abang Johari (enam kiri) dan Juma’ani (tujuh kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama Asfia (lima kiri), Fatimah (enam kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang memulakan kunjungan ke rumah terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isterinya Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar di kediaman mereka di Jalan Tinggian Demak, Petra Jaya, dekat sini.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai.

RAKAMAN KENANGAN… Sekitar rakaman kenangan sempena rumah terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isterinya Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar di Jalan Tinggian Demak, Petra Jaya, dekat sini, hari ini.

Selepas itu, Abang Johari hadir ke rumah terbuka Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan merangkap Adun Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Wisma Sabati.

Beliau kemudian mengunjungi rumah terbuka Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi di Taman Gaya, Jalan Sultan Tengah – Sego dan seterusnya kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi di Taman Heritage Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya.

Abang Johari meneruskan kunjungan ke rumah terbuka Shell di Hilton dan kepada Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Safri Awang Zaidell.

Pada sebelah malam, Abang Johari dan isteri akan mengunjungi rumah terbuka Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid di Vista Ibrahim, Jalan Bako.

Selepas itu, beliau pergi ke kediaman isteri kepada bekas Ketua Menteri, allahyarham Pehin Sri Adenan Satem – Puan Sri Datuk Amar Jamilah Anu di Santubong.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan