ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diiringi Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki disambut oleh pengurusan PETROS sebaik tiba di Xikang Guesthouse untuk menghadiri sesi dialog bersama dengan Kerajaan Wilayah Jiangsu.

Premier mulakan lawatan kerja rasmi ke Jiangsu bersama pengurusan PETROS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NANJING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan kerja rasmi beliau bersama-sama pengurusan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Wilayah Jiangsu, hari ini.

Premier bersama-sama delegasi dijadualkan memulakan lawatan ke Xikang Guesthouse untuk menghadiri sesi dialog bersama dengan Kerajaan Wilayah Jiangsu.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETROS Dato Janin Girie, Naib Presiden Kanan untuk Pertumbuhan, PETROS Datuk Joseph Podtung, Naib Presiden Kanan untuk Modal Insan, Perhubungan Korporat dan Perkhidmatan, PETROS Ismail Said, Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak Dato Ambrose Cheng Loi Hee, Setiausaha Sulit kepada Premier Sarawak Dato Ahmad Hazlan Ismawi dan Penasihat Perubahan Iklim, Tenaga dan Pembangunan Mampan, Jabatan Premier Sarawak Dr. Ir Ts Angelia Liew San Chuin.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diiringi Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki tiba di Xikang Guesthouse untuk menghadiri sesi dialog bersama dengan Kerajaan Wilayah Jiangsu.

Manakala Kerajaan Wilayah Jiangsu dihadiri Timbalan Gabenor Zhao Yan bagi mewakili Gabenor Liu Xiaotao, Setiausaha Agung Zhao Jianjun, Timbalan Setiausaha Agung Xu Huaqin, Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Wilayah Jiangsu Hang Hai, Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Kerajaan Jiangsu Si Yong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Wilayah Jiangsu Jin Shangjun, Ketua Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Wilayah Jiangsu Dong Liang dan Pengerusi China Jiangsu International Economic Technology Cooperation Group Ltd. Song Qinbo.

Selepas sesi dialog tersebut, Abang Johari akan melawat ke ibu pejabat China Jiangsu International (CJI) — sebuah syarikat milik kerajaan berskala besar yang berdaftar di Wilayah Jiangsu, China.

Perniagaan CJI adalah di pasaran domestik dan antarabangsa merangkumi perancangan, reka bentuk, pembinaan dan penyeliaan pelbagai projek termasuk pembinaan infrastruktur, kemudahan industri, kejuruteraan pengangkutan seperti projek perumahan, jalan raya dan jambatan, projek air, pembinaan lapangan terbang, pembinaan pelabuhan serta projek tenaga.

Sempena lawatan itu, beliau juga akan menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja antara PETROS dengan CJI, bagi pembangunan berfasa Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH).

Pada sebelah malam, Abang Johari bersama-sama delegasi menghadiri majlis makan malam jaringan kerjasama yang dianjurkan oleh CJI di Hotel Shangri-La, Suzhou Yuanqu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU