ARTIKEL

Premier rasmi tiang bendera tertinggi Malaysia pada malam ambang Tahun Baharu 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Tiang bendera tertinggi Malaysia yang terletak berhampiran kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal dirasmikan pada malam sambutan ambang Tahun Baharu 2024.

Mercu tanda baharu di Kuching setinggi 99 meter dengan kos pembinaan RM30 juta itu, bakal dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada malam sambutan tersebut.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sambutan berkenaan adalah salah satu tugas yang diamanahkan kepada kementeriannya pada tahun ini.

“Kementerian pada tahun ini mempunyai satu lagi tugasan iaitu sambutan ambang Tahun Baharu 2024 di Tebingan Sungai Kuching.

“Pada malam pengiraan detik itu juga Premier yang akan akan merasmikan tiang bendera tertinggi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Karim berkata untuk tahun depan, kementeriannya akan terus menganjurkan pelbagai acara dan festival, seperti Festival Hutan Hujan Dunia serta banyak lagi bagi membawa lebih banyak pelancong masuk ke Sarawak.

Untuk rekod, kos pembinaan tiang tersebut merupakan sumbangan sebuah syarikat korporat terkemuka di negeri ini sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kerajaan Sarawak bersetuju dengan cadangan projek tiang bendera itu kerana tidak membabitkan duit rakyat atau dana awam.

Maka, kini ia berdiri megah sebagai tiang bendera tertinggi berdekatan Kubu Margherita dan kompleks DUN, di tebingan sungai Sarawak.

Dengan berat strukturnya melebihi 120 tan metrik, tiang itu dilengkapi bendera Sarawak berukuran 25 meter panjang dan 12.5 meter lebar dan mula berkibar sejak 17 Jun lalu.

Tiang berkenaan bukan sahaja tertinggi di Malaysia, malah di Asia Tenggara serta ke-12 tertinggi di dunia.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

Sarawak catat RM3.59 bilion nilai eksport ke Brunei

KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah RM3.59 bilion nilai eksport ke negara Brunei Darussalam tahun lalu, sekali gus merekodkan 23.8 peratus nilai dagangan tahun lalu. Timbalan Premier