KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut kenyataan Pejabat Premier hari ini, majlis rumah terbuka tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Hari Raya Pertama dan Hari Raya Kedua.
“Sekiranya Hari Raya Pertama jatuh pada Jumaat, majlis berlangsung bermula jam 3 petang hingga 6 petang sementara Hari Raya Kedua pada jam 10 pagi hingga 2.30 petang,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan tersebut memberitahu jika Hari Raya Pertama ditetapkan pada Sabtu, majlis akan bermula jam 10.30 pagi sehingga 4 petang manakala Hari Raya Kedua pada jam 10 pagi hingga 2 petang.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Raya sempena rumah terbuka tersebut, kata kenyataan berkenaan.