ARTIKEL

Abang Johari (duduk, lima kanan) dan Anwar (duduk, tengah) merakam kenangan bersama para pemimpin Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat Pertama Majlis Tenaga Malaysia di Putrajaya, hari Ini. Turut kelihatan Fadillah (duduk, lima kiri). | Foto: Jabatan Premier Sarawak

Premier Sarawak hadir mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, antara barisan pemimpin tertinggi negara yang menghadiri mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara di Putrajaya, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Premier Sarawak, mesyuarat yang berlangsung selama dua jam setengah itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi majlis tersebut.

“Majlis yang ditubuhkan susulan penggubalan Dasar Tenaga Negara (2022-2040) tersebut bertujuan mencorak strategi, hala tuju serta jalan ke hadapan sektor tenaga pada tahun-tahun akan datang bagi mencapai aspirasi rendah karbon negara.

“Dalam masa yang sama meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu turut memberitahu, objekif utama majlis tersebut adalah meletakkan dasar yang jelas dalam sektor tenaga yang menyediakan peluang besar dalam usaha menarik pelaburan asing.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Abang Johari diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.

BERITA LAIN

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan