ARTIKEL

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Sharifah Hasidah (duduk empat kiri) turut dihadiri Abang Johari (duduk empat kanan). - Foto: UKAS

Premier Sarawak meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sharifah Hasidah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat pelbagai kaum, agama dan bangsa memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan suaminya, Datuk Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, di sini semalam.

Majlis rumah terbuka yang berlangsung di Wisma SABATI, Jalan Bako, di sini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Sebelum ketibaan Abang Johari dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, bersama wakil-wakil rakyat lain turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu.

Pada majlis tersebut, pelbagai juadah makanan dihidangkan kepada tetamu yang hadir. – EDISI UKAS

Foto: UKAS

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU