ARTIKEL

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri, Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak yang baharu, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu antaranya, persiapan kawalan sempadan Sarawak bagi menghadapi kesan pemindahan ibu kota negara Indonesia ke Nusantara.

Dr. Ahmad Taufik berkata, perbincangan turut menyentuh tentang teknologi baharu penyimpanan karbon serta penglibatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dalam perkara itu.

“Saya datang untuk melapor diri, berbincang dengan Premier Sarawak berkaitan kawalan sempadan, pembangunan di nusantara dan persediaan Sarawak menghadapinya,” katanya.

Dr Ahmad berasal dari Pahang dilantik sebagai pengarah pada 7 Oktober 2022 menggantikan Herman Shah Abdullah yang telah bersara.

Sebelum ini, beliau pernah bertugas di Sabah pada tahun 2018 sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU