ARTIKEL

‘Premier’ tuntut semula hak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022 yang antara lain bertujuan menamakan semula jawatan Ketua Menteri sebagai ‘Premier’ adalah untuk meletakkan Sarawak dalam perspektif yang betul dalam perjalanan menuntut semula hak sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam pembentukan Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang akan membentangkan rang undang-undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, berkata ia juga bagi membolehkan Sarawak mengendalikan lebih banyak autonominya.

“Kami hanya memperhalusi apa yang sepatutnya apabila kita membentuk Malaysia.

“Semasa pembentukan itu, terdapat lima penandatangan iaitu United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak tetapi selepas Malaysia dibentuk, dua entiti terakhir iaitu Sabah dan Sarawak nampaknya sudah cair dan menjadi seperti mana-mana negeri kecil yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemu-bual selepas hari pertama persidangan DUN di Kompleks DUN di sini, hari ini.

“Jadi sebab itu kita kena letak perkara berkenaan dalam perspektif yang betul,” katanya ketika ditemu-bual selepas hari pertama persidangan DUN di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Baca lain  Seorang tekong darat, lima PATI ditangkap

Adun Asajaya itu turut menegaskan tidak mahu menjadikan kedudukan Sarawak terus kekal setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

“Dengan menggunakan jawatan Ketua Menteri, saya rasa kita tidak mahu setaraf dengan Pulau Pinang atau Melaka.

“Apabila kita membentuk Malaysia, penandatangan bagi negeri-negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu, hanya satu yang mewakili mereka tetapi apabila Malaysia ditubuhkan, keadaan berubah…jadi jangan beritahu saya kita sepatutnya ok kerana berada pada tahap yang sama,” katanya.

Namun, beliau berkata walaupun jawatan Ketua Menteri dinamakan semula sebagai ‘Premier’, tidak ada perubahan ketara dalam peranannya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Belia digalakkan ceburi bidang perindustrian 

SEBAUH: Bagi memenuhi keperluan masa kini dalam bidang perindustrian, golongan belia, terutamanya lepasan sekolah menengah dan pengajian tinggi, digalak untuk menceburi kerjaya dalam sektor tersebut

Guru berperanan hasilkan generasi muda berkualiti

MIRI: Guru memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan generasi muda yang berpendidikan berkualiti serta modal insan dinamik pada masa depan. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Belia digalakkan ceburi bidang perindustrian 

SEBAUH: Bagi memenuhi keperluan masa kini dalam bidang perindustrian, golongan belia, terutamanya lepasan sekolah menengah dan pengajian tinggi, digalak untuk menceburi kerjaya dalam sektor tersebut

Guru berperanan hasilkan generasi muda berkualiti

MIRI: Guru memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan generasi muda yang berpendidikan berkualiti serta modal insan dinamik pada masa depan. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk