Trending

Premis diserbu jual produk guna cap dagangan palsu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Tiga buah premis di Batu Kawa dan Matang di sini diserbu kerana disyaki membekalkan dan menawarkan makanan dalam tin menggunakan cap dagangan palsu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan berkata serbuan dilakukan lebih kurang jam 2 petang semalam susulan aduan daripada pemilik cap dagangan berkenaan iaitu jenama “Gulong-Stewed Pork Sliced” dan “Gulong-Pork Mince with bean paste”.

“Dalam operasi ini, pasukan KPDNHEP telah menyita 17 unit “Gulong-Stewed Pork Sliced” dan 44 unit “Gulong-Pork Mince with bean paste” yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM517,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 102, Akta Cap Dagangan 2019.

Menurut Stanley, sabit kesalahan jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu.

Dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Anggota penguatkuasa KPDNHEP Sarawak melakukan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki membekalkan dan menawarkan makanan dalam tin menggunakan cap dagangan palsu.

Manakala jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, dedenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Justeru, Stanley menegaskan KPDNHEP Sarawak dengan kerjasama pemilik atau wakil pemilik cap dagangan berdaftar akan sentiasa dan berterusan memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa untuk menangani produk-produk tiruan di pasaran.

Katanya sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Adele akui sudah kahwin

PENYANYI, Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins mengakui