ARTIKEL

MUSNAH… Keadaan tingkat bawah premis yang musnah.

Premis dua tingkat musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tingkat bawah sebuah premis dua tingkat musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Pekan Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian di sini, petang semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya menerima laporan pada jam 3.25 petang dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dan balai bantuan BBP Serian ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan satu unit premis jenis kekal yang memusnahkan bahagian tingkat bawah kedai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah PGO, bahagian bawah premis berkenaan yang menjual barangan serbaneka jenis fabrik telah musnah manakala tingkat kedua musnah lima peratus.

“Pihak bomba kemudian bertindak menjalankan operasi pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan menggunakan dua aliran 200 kaki tiga nozel di bahagian hadapan oleh pasukan dari BBP Siburan.

“Sementara BBP Serian turut menggunakan dua kali aliran 300 kaki dua nozel di bahagian belakang kedai.

“Kebakaran kemudian berjaya dipadamkan pada jam 4.45 petang dan insiden berkenaan tiada mengakibatkan sebarang kecederaan.

Baca lain  Hari Sarawak: Penghormatan buat Miri

“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh