ARTIKEL

Premis rokok, arak tidak bercukai di Kuching diserbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki dan empat wanita hasil serbuan ke atas lima buah premis serbaneka dipercayai menyeludup rokok dan minuman keras tanpa cukai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, empat suspek yang ditahan merupakan warga tempatan manakala seorang tahanan wanita dikenal pasti sebagai warga asing.

“IPD Kuching dengan kekuatan seorang pegawai dan 10 orang anggota telah melakukan serbuan Op Kontraban di lima premis dan merampas pelbagai jenama rokok sebanyak 130 karton dan minuman keras (195 kotak).

“Anggaran nilai rampasan adalah berjumlah RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek dalam tempoh tahanan reman selama lima hari sehingga Ahad (30 Julai 2023) bagi meneruskan siasatan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum enam bulan hingga lima tahun dan denda sebanyak RM100,000.

Hasil operasi itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini