ARTIKEL

Presiden Abbas mahu Israel berundur sepenuhnya dari Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata pada Jumaat, bahawa Israel perlu berundur segera dan sepenuhnya dari Semenanjung Gaza serta menghentikan segala tindakan unilateral di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Beliau berkata demikian semasa perbualan telefonnya dengan Presiden Bulgaria Rumen Radev yang menumpukan kepada isu Palestin, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA). 


Abbas menekankan kepentingan sebuah negara Palestin menjalankan tanggungjawabnya di Gaza dan Tebing Barat dan mengetengahkan keperluan menubuhkan satu mekanisme untuk kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza. 

Beliau juga menekankan pencegahan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dan keperluan mendapatkan status negara anggota penuh dalam PBB.   

Radev berharap konflik di Gaza berakhir dan menyuarakan keinginannya melihat rakyat Palestin mencapai kemerdekaan serta mempunyai semua hak mereka sebagai warganegara. 
Bernama-Wafa

BERITA LAIN

CHINA SEDIA RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA ARAB

BEIJING: China komited bekerjasama dengan negara Arab untuk membina hubungan China-Arab sebagai penanda dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia, kata Presiden China Xi Jinping.Xi menyatakan

Kisah tragis di sebalik Menara Maiden

BAKU (Azerbaijan): Dalam imaginasi pujangga serta penulis lakon Azerbaijan, Menara Maiden (Maiden Tower), atau Qiz Qalasi, tersohor dengan legenda seorang puteri yang dikurung di dalam

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau