HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Presiden FAS yang dilantik perlu berkecuali dan tidak mempunyai jawatan lain- Alfred 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ALFRED KENDIM...Setiausaha FASA.
ALFRED KENDIM…Setiausaha FASA.

KUCHING: Perubahan drastik mencakupi pelbagai aspek dari kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) antara harapan yang perlu diambil kira pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) 2023/2025 yang akan berlangsung di Sarikei pada 28 Januari ini.

Tidak hanya perubahan dari segi pengurusan, malah ia meliputi pembangunan sukan bola sepak bermula di peringkat akar umbi supaya Sarawak dapat kembali sebagai pesaing hebat dalam kancah liga tempatan.

Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim berharap individu yang diangkat menjadi Presiden FAS kelak hendaklah seorang yang mesra dengan ahli gabungan serta proaktif.

“Kita mahu melihat Presiden FAS baharu kelak harus mempunyai visi dan misi yang jelas (kemas kini dengan ahli gabungan melalui mesyuarat atau dokumen bercetak),” ujar Alfred kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, individu yang bakal menjadi Presiden FAS baharu kelak haruslah mengutamakan pembangunan peringkat akar umbi dan jangan terlalu terlalu mengejar populariti.

“Apa yang menjadi fokus semua pihak ketika ini, adalah semua ahli gabungan selepas ini mempunyai geran tahunan daripada FAS agar mudah bagi ahli gabungan melaksanakan program azali,” tambah Alfred lagi.

Jelasnya, biarlah Presiden FAS yang baharu kelak seorang yang berkecuali serta tidak mempunyai jawatan lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru