ARTIKEL

Presiden Iran terkorban: Pemimpin dunia ucap takziah, zahir kesedihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran kelmarin.

Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu. Reuters melaporkan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam ucapan takziahnya, mengumumkan hari berkabung selepas Iran mengesahkan kematian Raisi, 63, Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian dan pegawaipegawai lain dalam nahas itu.

“Saya bersama kerajaan dan rakyat Pakistan menyampaikan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada negara Iran atas kehilangan besar ini.

“Semoga roh-roh yang syahid ditempatkan di syurga. Rakyat Iran yang hebat akan mengatasi tragedi ini dengan keberanian yang biasa mereka tunjukkan,” kata Shehbaz.

“Pakistan berbesar hati dapat menerima kunjungan Presiden Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian dalam lawatan bersejarah kurang sebulan lepas. “Mereka adalah sahabat baik Pakistan,” katanya.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam mesej takziahnya mengingati sumbangan Allahyarham Presiden dalam memperkukuhkan hubungan India-Iran.

“Ucapan takziah ikhlas saya kepada keluarganya dan rakyat Iran. India berdiri bersama Iran dalam masa kesedihan ini,” kata Modi.

Kedutaan Iran di New Delhi menggambarkan Raisi sebagai ‘penyokong orang-orang tertindas di dunia.’ Tragedi ini turut diratapi di Maldives dan seluruh Asia Selatan.

“Saya berdoa kepada Allah SWT agar memberkati roh Presiden Raisi, Menteri Luar Abdollahian, dan lainlain yang kehilangan nyawa dalam kejadian malang ini dan memberikan mereka Syurga Firdaus.

“Ingatan dan doa kami bersama keluarga yang berduka dan rakyat Iran dalam waktu kesedihan yang mendalam ini,” kata Presiden Maldives, Mohamed Muizzu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi; Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain Republik Islam Iran dalam nahas helikopter pada Ahad.

Anwar berkata, beliau berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Ebrahim di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November lalu.

“Saya amat sedih dengan kematian tragis Presiden Ebrahim Raisi; Menteri Luar, Dr Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain Republik Islam Iran.

“Kami komited untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Iran, bekerjasama untuk kebaikan rakyat dan dunia Islam.

Ikrar kita akan ditunaikan,” kata Anwar dalam siaran di Facebook beliau semalam.

Menteri Luar Maldives, Moosa Zameer berkata, Raisi ialah seorang pemimpin berdedikasi yang akan diingati kerana kebijaksanaannya dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk kemajuan Iran dan rakyatnya dan memanggil Abdollahian penyokong setia hubungan baharu antara Maldives dan Iran. – Bernama

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU