ARTIKEL

Presiden kelapan bulan sepuluh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas.

Mereka meraih 58.48 peratus undi setakat dijumlahkan berdasarkan sehingga 99.8 peratus sampel yang terkumpul.

Pasangan Anis-Muhaimin pula mendapat 25.21 peratus undi terkumpul.

Manakala, GanjarMahfud memperoleh 16.31 peratus undi. P

enjumlahan hasil undian yang berlangsung pada Rabu, 14 Februari, berbanding kiraan sebenar (real count) setakat 4.20 WIB pada Sabtu, berselisih tidak jauh.

Data rasmi KPU menunjukkan Prabowo-Gibran tetap unggul memungut 57.43 peratus.

Peraturan Pilpres menyebut, pemilihan layak menang jika pasangan calon memperoleh suara lebih 50 peratus daripada jumlah suara bagi calon presiden dengan naib presiden 20 peratus di setiap provinsi di Indonesia.

Dan jika tiada pasangan calon terpilih dengan suara terbanyak, pasangan calon memperoleh undi terbanyak pertama dan kedua diadu untuk pengundian semula.

Tampaknya, jika keputusan Pilpres 2024 berterusan dengan Prabowo-Gibran terus menguasai 50 peratus ke atas pungutan suara, ia mematikan banyak rumus dan spekulasi sebelum ini yang menilai bahawa Pilpres pusingan kedua terpaksa dijalankan.

SAINGAN SENGIT

Melihat kepada saingan sengit di arena dan di atas kertas, banyak ramalan media berita global sebelum ini, termasuk penganalisis politik Indonesia yang berpendapat Pilpres dua pusingan, meleset.

Baca lain  Bukan perjalanan terakhir

Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan, jika tiada calon memenangi pusingan pertama, Pilpres 2024 pusingan kedua bakal berlangsung pada 26 Jun.

Dengan keputusan muktamad diumumkan pada Mac, tampaknya ramalan meskipun berdasarkan data raya masih dapat dipertikaikan ketepatannya.

Pilpres dua pusingan pernah berlaku pada 2004 hingga 2019 menyaksikan persaingan terbuka sukar untuk menghasilkan kemenangan bagi pemilihan satu pusingan.

Pada Pilpres 2004, terdapat lima calon perlu melalui pusingan kedua selepas pasangan regu Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)-Jusuf Kalla meraih undi tertinggi sebanyak 33.57 peratus pada pusingan pertama.

Pada pusingan kedua, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)-Jusuf Kalla memperoleh 60.62 peratus berbanding pesaingnya, Megawati Soekarnoputri-Hasyim Muzadi yang mendapat 39.38 peratus.

Bahkan, melihat kepada saingan sengit semasa kempen, calon sendiri kali ini sangat percaya bahawa Pilpres akan berlangsung dua pusingan.

Sehinggakan pada sesi debat ketiga minggu lalu, jika berlaku pusingan kedua, Ganjar Pranowo tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Anies Baswedan, setelah kedua-duanya secara bersama ‘mengasak’ Prabowo.

Sementara itu, untuk Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024, bagi Pemilu Legislatif (Pileg) — PDIP dikatakan menjadi parti politik dengan meraih suara tertinggi untuk mengumpul jumlah kerusi DPR, diikuti Parti Golkar dan Gerindra.

Pileg dilaksanakan untuk memilih anggota legislatif di peringkat nasional, provinsi dan kabupaten atau kota, sesuai kedaulatan bagi rakyat memilih anggota DPR, anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD).

Baca lain  Berpuasa kukuhkan ingatan, kawal stres

KIRAAN CEPAT Pemimpin tertinggi PDIP percaya parti tersebut bakal menjadi pembangkang dalam pemerintahan 2024-2029 kali ini.

alon presiden, Anies Baswedan pula menghormati sikap PDIP yang sudah siap menjadi pembangkang itu berdasarkan kiraan cepat.

Berlangsungnya Pemilu dan Pilpres serentak ini, dengan pengundian luar negara termasuk di Malaysia berlangsung pada Ahad, tiga hari lebih awal.

KPU Indonesia turut mempelawa negara sahabat menjadi pemerhati pada pemilihan kali ini menerusi Program Lawatan Pilihan Raya Indonesia (IEVP).

Bagi KPU, program tersebut memberi peluang kepada pelbagai pihak mengikuti perkembangan pelaksanaan Pemilu di Indonesia.

Amalan demokrasi pilihan raya Indonesia yang paling rumit di dunia kerana sistem senarai pilihan raya yang terbuka.

Keunikan lainnya berdasarkan jumlah kawasan pilihan raya yang mencecah sehingga 2,749 kawasan dengan pengundian bagi cabang eksekutif dan legislatif di semua peringkat dijalankan secara serentak

. Analisis pakar dunia serta pemerhati pilihan raya berkata, Pemilu di Indonesia merupakan pilihan raya umum terpendek di dunia.

TANGGUNGJAWAB

Rabu lepas, menyaksikan sekitar 204.8 juta pengundi melaksanakan tangungjawab masing-masing.

Tempoh kempen politik bermula 28 November 2023 dan berakhir pada 10 Februari 2024, diikuti tempoh bertenang dari 11 hingga 13 Februari 2024. Rakyat Indonesia sudah pun memberi suara di kertas undi.

Baca lain  Siapa yang suruh?

Kini, terserah pemimpin terpilih menerajui Indonesia ke depan yang mampu memberi kesan positif kepada masa depan Asean.

Calon naib presiden, Gibran ketika diminta komen wartawan berkaitan kemenangan regunya berdasarkan kiraan cepat, berkalikali beliau meminta agar wartawan tetap bersabar menunggu pengumuman rasmi kiraan sebenar KPU, berkaitan kemenangan tersebut.

Sementelahan, komen tidak membina penganalisis asing berkaitan masa depan Indonesia jika Prabowo yang juga mantan menantu presiden kedua Indonesia Soeharto itu, memerintah – berdasarkan tudingan jejak tindakan masa lalu dan sisi “negatif” lainnya – tidak harus kita jadikan ukuran dan andaian masa akan datang yang belum tentu.

Bagusnya China, awalawal sudah menyatakan sedia bekerjasama dengan pemerintahan baharu Indonesia termasuk terus membangunkan hubungan yang memiliki rasa saling percaya dengan Jakarta.

Asean memerlukan Indonesia yang maju dan kuat, justeru politik yang stabil memberi harapan untuk Asean terus ke depan.

Sebagai jiran serumpun Malaysia, kuatnya Indonesia, nescaya Malaysia juga akan terkena impak tempiasnya dari segala sudut termasuk kesan politiknya, sosial dan ekonomi.

Dalam 35 hari pada Mac, selaras Perkara 413 Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017, pengumuman rasmi pemenang Pilpres 2024 diumumkan.

Makzulnya Jokowi dan sempena pemasyhuran pemerintahan baharu Oktober 2024, akankah Prabowo bergelar Presiden Indonesia kelapan…

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang