ARTIKEL

Mexico's President Andres Manuel Lopez Obrador delivers a speech during the inauguration of the El Salto Calderon Aqueduct that will solve water shortage problems in Guadalajara, in Valle de Guadalupe, Jalisco state, Mexico on February 18, 2024. (Photo by ULISES RUIZ / AFP)

Presiden Mexico nafi langgar peraturan perlindungan data

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador (gambar) membalas kritikan terhadap keputusannya mendedahkan nombor telefon seorang wartawan New York Times, yang menyiasat dakwaan berkaitan kartel dadah.

Lopez Obrador bertindak balas dengan marah selepas akhbar itu melaporkan bahawa pegawai penguatkuasa undangundang Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa bertahuntahun meneliti dakwaan bahawa orang yang rapat dengan beliau mengambil berjuta-juta dolar daripada kumpulan penjenayah.

Pada Khamis, beliau membacakan nombor telefon wartawan itu pada sidang akhbar biasa serta soalan yang dikemukakan oleh The New York Times kepadanya.

Jumaat lalu, beliau menafikan dakwaannya melanggar peraturan perlindungan data, dengan mengatakan tiada undangundang melebihi prinsip asas, iaitu kebebasan.

“Apa yang berlaku apabila wartawan ini memfitnah saya? Dia mengaitkan saya dan keluarga saya (dengan jenayah terancang) tanpa bukti,” tambahnya.

The New York Times menyifatkan insiden itu sebagai taktik yang membimbangkan dan tidak dapat diterima daripada pemimpin dunia apabila ancaman terhadap wartawan semakin meningkat.

Institut Kebangsaan bagi Ketelusan, Akses kepada Maklumat dan Perlindungan Data Peribadi Mexico berkata, ia menyiasat sama ada pendedahan itu melanggar undang-undang.

Kumpulan hak media Wartawan Tanpa Sempadan menyifatkan tindakan Lopez Obrador itu sebagai skandal dan mengatakan bahawa beliau harus meminta maaf kepada wartawan terbabit.

Ia berlaku beberapa minggu selepas kebocoran data peribadi wartawan yang disimpan oleh Kerajaan Mexico mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis hak media di salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk akhbar.

Menurut The New York Times, AS memutuskan untuk tidak membuka siasatan rasmi terhadap Lopez Obrador kerana kurang berminat untuk meneruskan dakwaan itu, memandangkan pemimpin itu juga antara sekutu utama Amerika.

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli