ARTIKEL

Presiden PKBM meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

Berita kematian Allahyarham tersebut disahkan oleh anak keduanya, Norazman yang juga Naib Presiden PKBM ketika dihubungi pemberita. 

Katanya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat.

“Kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lepas kerana tiada selera makan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, tujuh anak, cucu dan cicit.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok sekitar 12 tengah hari ini. 

Abu Samah memegang jawatan sebagai Presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) pada Mei lepas, sekali gus merupakan tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia – Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), benua – Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau – ACF. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan