ARTIKEL

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berucap pada sesi di parlimen negara, Verkhovna Rada pada September 2019. - Foto: Fail

Presiden Rusia tawar perdamaian bersyarat kepada Ukraine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu (AA).

Putin membuat cadangan itu dalam satu perjumpaan dengan kakitangan Kementerian Luar Rusia di sini.

Menurutnya, Rusia akan “segera” menghentikan operasi tempur jika Ukraine melupakan niatnya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menarik balik tenteranya dari empat wilayah yang dituntut oleh Rusia – Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia.

“Hari ini kami membuat satu lagi cadangan perdamaian yang konkrit dan nyata.

”Jika Kyiv dan ibu kota Barat menolaknya seperti sebelum ini, maka itu adalah urusan, tanggungjawab politik dan moral mereka untuk meneruskan pertumpahan darah,” katanya.

Putin memberi amaran bahawa situasi di medan perang boleh berubah menjadi tidak menguntungkan bagi Kyiv, dan jika ini berlaku, “syarat untuk memulakan rundingan akan berbeza”.

Putin menekankan bahawa beliau bercadang untuk menamatkan konflik, bukan sekadar membekukannya.

“Sebaik sahaja Ukraine mula menarik balik tenteranya dari Donbas dan Novorossiya (di wilayah-wilayah tersebut) dan berjanji untuk tidak menyertai NATO, Persekutuan Rusia akan menghentikan tembakan dan bersedia untuk rundingan.

”Saya tidak fikir ia akan mengambil masa yang lama,” katanya lagi.

Putin memberi isyarat bahawa beliau tidak menganggap Volodymyr Zelensky sebagai presiden sah Ukraine selepas tempoh jawatannya tamat pada 20 Mei lalu, sebaliknya Putin menganggap parlimen negara itu, Verkhovna Rada, sebagai satu-satunya badan berkuasa yang sah. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau