ARTIKEL

Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian terus berlarutan dan manusia memerlukan kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian lebih erat untuk bersama menyelesaikan masalah pembangunan. 

Xi berkata demikian menerusi perutusan tahniah sempena perasmian Forum Zhongguancun (ZGC) 2023 di sini pada Khamis.

“China komited meneruskan strategi keterbukaan untuk sama menang, serta bersedia berganding tangan dengan semua negara di dunia untuk mempromosikan inovasi sains dan teknologi, agar ia boleh memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat semua negara,” kata beliau.

Beliau berkata bandar Beijing perlu memanfaatkan kelebihannya dari pendidikan, sains dan teknologi, serta tenaga insan, mendorong inovasi terselaras dalam sains dan teknologi serta sistem, memperkasakan pembaharuan ZGC, mempercepat pembinaan taman sains dan teknologi peringkat global, selain berusaha untuk menerajui inovasi teknologi termaju dan pembangunan industri berteknologi tinggi.

Forum ZGC 2023 yang bertemakan “Open Cooperation for a Shared Future” dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Maklumat, Suruhanjaya Pemantauan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara, Akademi Sains China, Akademi Kejuruteraan China, Persatuan Sains dan Teknologi China, dan kerajaan bandar Beijing. – BERNAMA

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU