ARTIKEL

Prestasi Damok hambar, sukarkan dapat penajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPANG: Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, kian menutup peluangnya meneruskan tunggangan musim depan.


Mentornya Muhammad Zulfahmi Khairuddin berkata lebih malang lagi, apabila pihak pengurusan SIC enggan membuat pelaburan kepada Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok musim depan, susulan persembahan hambar pada musim pertamanya tahun ini.


“SIC sudah beri kata putus, mereka tidak akan laburkan atau berikan dana yang ada kepada Damok. Sekiranya ia berterusan saya perlu cari dana sendiri (bantu Damok).


“Malah, selepas keputusan minggu ini, ia sukarkan saya untuk berunding dengan pasukan lain,” katanya ketika ditemui pada GP Malaysia 2023 di sini.


Semalam, Damok menamatkan saingan di tempat ke-20 yang juga tercorot dengan catatan 34 minit 25.180 saat, selain terlibat dalam kemalangan pada tiga pusingan terakhir sekali gus gagal menceriakan penyokong di laman sendiri.


Justeru, Muhammad Zulfahmi yang bertanggungjawab menguruskan karier Damok memaklumkan, akan terbang ke Litar Ricardo Tormo di Sepanyol dalam masa dua minggu lagi, bersempena pusingan akhir Moto3 bagi meyakinkan pasukan lain bagi menggunakan khidmat Damok.


Difahamkan, terdapat dua lagi pasukan Moto3 yang belum mengumumkan pelumba masing-masing musim depan.


September lepas, Muhammad Zulfahmi memaklumkan MT Helmets-MSi tidak mahu meneruskan khidmat Damok bagi musim 2024.


Ditanya sama ada Damok akan kembali beraksi di Kejuaraan Dunia JuniorGP tahun depan, pengurus pasukan ZK Racing itu berkata agak sukar untuk pelumba berusia 22 tahun itu berbuat demikian.


Muhammad Zulfahmi berkata kebanyakan pelumba Moto3 yang kembali semula ke Kejuaraan Dunia JuniorGP, dilihat bergelut untuk berentap bersama pelumba muda lain.


“Pelumba lebih muda daripada Damok lebih laju dan mereka memang bersedia ke kejuaraan dunia, berbanding pelumbar kita yang sudah berumur dan tiada keputusan yang baik,” katanya.


Tahun lepas, pelumba berusia 21 tahun itu yang berlumba untuk SIC Racing Team, menduduki tempat keempat keseluruhan dengan merekodkan 117 mata pada saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP.
BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial