ARTIKEL

Prestasi kraftangan Malaysia pada tahap amat memberangsangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi Kraftangan Malaysia berada pada tahap yang amat memberangsangkan dengan menyaksikan nilai jualan kraf dari Januari sehingga September tahun ini  melebihi RM370 juta daripada 5,737 usahawan kraf.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata daripada jumlah itu, RM24.2 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sarawak dan RM37.1 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sabah.

“Saya melihat pencapaian jualan kraf di Sarawak dan Sabah ini sangat membanggakan dengan penglibatan bilangan usahawan kraf kedua-dua negeri seramai 3,070 orang.

“Perolehan ini secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan agar konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 atau Shared Prosperity dapat diterapkan kepada semua golongan dan lapisan rakyat Malaysia.

“Bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kraftangan Malaysia, kami akan terus menyediakan program-program dalam membangun dan memperkasakan usahawan komuniti kraf di Malaysia termasuk masyarakat etnik di Sarawak dan Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Gala Borneo Craft Textile di sini, malam tadi.

Mohamaddin berkata, dengan wujudnya produk-produk pelancongan berkualiti di Sarawak, termasuk penganjuran Tahun Melawat Sarawak 2019, beliau yakin sasaran 5 juta pelancong masuk ke negeri ini akan dapat dicapai.

“Merujuk kepada Statistik Kedatangan Pelancong ke Sarawak yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, dari Januari sehingga September tahun ini, seramai 3.36 juta orang pelancong dalam dan luar negara telah datang ke Sarawak dan saya yakin jumlah ini akan terus meningkat dan mencapai sasaran,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga berharap sasaran ketibaan 30 juta pelancong dengan RM100 billion bagi pendapatan pelancongan negara dapat diraih bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 atau VM2020 tahun hadapan.

Malam Gala Borneo Craft Textile diadakan bertujuan untuk mempromosi dan memartabatkan produk kraf  tekstil Sarawak dan Sabah yang  akan diperagakan dengan kolaborasi pereka fesyen tempatan iaitu Datuk Tom Abang Saufi, Tanoti Sdn Bhd, Pua Indah Enterprise dan pereka dalaman Kraftangan Malaysia.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan