ARTIKEL

Foto: TVS

Prestasi SPM SMK Kanowit cemerlang melebihi purata nasional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Peningkatan prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Kanowit selama lima tahun berturut-turut, melebihi gred purata nasional, meletakkan pelajar sekolah itu pada landasan kukuh untuk memanfaatkan skim pendidikan tinggi percuma Sarawak apabila menyambung pengajian tinggi kelak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata pencapaian itu dibuktikan dengan bilangan pelajar yang memperoleh 5A ke atas semakin meningkat, selain lebih 50 orang pelajar layak memasuki kursus asasi di universiti-universiti kerajaan Sarawak.

Menurutnya, perkembangan itu harus disokong dengan panduan jelas kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 tahun hadapan agar mereka memilih pakej mata pelajaran yang selari dengan kursus ditawarkan di bawah pendidikan percuma tersebut.

“Saya tekankan kepada guru dan pengetua betapa pentingnya memberi taklimat secukupnya kepada pelajar, terutamanya dalam memilih pakej A dan C, supaya mereka dapat manfaat daripada pendidikan percuma yang akan diberi oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit, semalam.

Dalam lawatan itu, Dr Annuar turut menyatakan kepuasan terhadap struktur bangunan baharu sekolah berkenaan yang jauh lebih baik berbanding bangunan lama.

“Namun, kelengkapan seperti makmal dan perabot masih perlu ditambah baik,” tambahnya.

Katanya, pihak sekolah turut memohon pembinaan asrama baharu kerana asrama sedia ada berskala kecil.

“Mereka juga memohon supaya asrama baharu dibina memandangkan asrama lelaki dan perempuan ketika ini hanya pada skala 6.

Jika boleh dimasukkan bawah RMK13, kita akan percepatkan.

Jika tidak, kita cari usaha lain supaya asrama dapat dibaiki,” katanya. — TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang