ARTIKEL

Prestasi Zii Jia meningkat di Sukan Asia – Chong Wei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HANGZHOU: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, telah mempamerkan peningkatan prestasi pada penampilannya di Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini.

Chong Wei selaku pengurus pasukan badminton program Road To Gold (RTG) bagi Olimpik, berkata ia satu permulaan yang baik bagi pemain berusia 25 tahun itu untuk mendapatkan semula keyakinannya, selepas mengharungi prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini.

“Permainannya boleh dikatakan berubah, main lebih bersabar, tak macam dulu asyik mahu ambil mata dan menyerang. Kini dia lebih banyak main rally dan bersabar,” katanya ketika ditemui di Gimnasium Binjiang di sini.

Zii Jia, pemain di ranking ke-16 dunia memulakan cabaran Sukan Asia dengan menyingkirkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, Mourinho Zefi Costa Gusmao de Jesus dari Timor Leste dan juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand untuk mara ke suku akhir, namun tewas kepada HS Prannoy dari India.

Chong Wei yang pernah meraih lima pingat menerusi acara perseorangan dan berpasukan lelaki di Sukan Asia berkata, bagi seorang lagi perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, kelemahan paling ketara adalah dari segi kekuatan, ketika tewas kepada Kodai Naraoka dari Jepun.

Selain itu, dari segi taktiknya perlu ditingkatkan lagi ke arah melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024, Julai depan, dan ia telah pun dibincangkan dengan barisan jurulatih negara, katanya.

Mengulas mengenai beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas kepada wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty pada aksi separuh akhir malam tadi, beliau berkata ia berpunca daripada taktik dan kekuatan.

Beliau berkata setiap pertandingan ada pemain yang menang dan kalah, namun apa yang penting adalah mengetahui sebab untuk kalah dan memperbaikinya untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Ditanya sekiranya atlet yang tidak menunjukkan prestasi baik pada Sukan Asia digugurkan daripada RTG, Chong Wei berkata perkara itu hanya akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada 12 Okt nanti.

“Buat masa ini tiada apa-apa keputusan, kita akan bincang semua prestasi pada mesyuarat tersebut. Kita harap peminat tidak putus asa terhadap pasukan badminton, teruskan menyokong pasukan kita.

“Saya dalam RTG, boleh bantu dari segi perkhidmatan. Selepas empat kali beraksi di Olimpik, saya boleh kongsi pengalaman itu kepada semua atlet untuk bersedia ke Olimpik tahun depan,” katanya.

Pingat gangsa Aaron-Wooi Yik menjadi penyelamat kem badminton negara, selepas pulang dengan tangan kosong pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur