ARTIKEL

SPR

PRK DUN Jepak pada 4 November, penamaan calon 21 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November nanti sebagai tarikh hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

Manakala hari penamaan calon pada 21 Oktober, hari mengundi awal pada 31 Oktober, dengan tarikh writ pada 25 September.

Timbalan Pengerusi SPR Dr. Azmi Sharom berkata tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga jam 11.59 malam, 3 November.

“Bagi maksud PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak, Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu,” katanya menerusi satu kenyataan, selepas Mesyuarat Khas SPR bagi memutuskan PRK DUN Jepak, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 14 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 45 tempat mengundi/saluran dan satu pusat mengundi awal yang mengandungi satu tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 15 buah dengan 46 tempat mengundi/saluran,” katanya sambil menambah PRK DUN Jepak memerlukan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Manakala, Azmi berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2023 yang dikemaskini sehingga 15 September 2023.

Katanya DPPR itu mengandungi seramai 22,804 orang pemilih yang terdiri daripada 22,761 orang pengundi biasa dan 43 orang anggota polis.

“DPPR bagi PRK DUN Jepak akan mula dijual pada 16 Oktober 2023,” katanya.

Sementara bagi urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara, beliau berkata ia dibuka bermula hari ini.

Menjelas lanjut, Azmi berkata permohonan undi pos adalah secara dalam talian, dengan maklumat lanjut dan panduan permohonan undi pos boleh dirujuk melalui Portal SPR, www.spr.gov.my.

Dalam pada itu, beliau berkata para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Katanya semakan maklumat pengundian akan dibuka pada 16 Oktober nanti.

LAIN-LAIN BERITA

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial