ARTIKEL

PRK DUN Jepak: Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu cepat jika GPS menang besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pengambilalihan Pelabuhan Bintulu akan lebih cepat, jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Justeru, Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak itu berkata, keputusan PRK berkenaan sangat penting kerana ia akan memberi kekuatan kepada gabungan itu dalam memperkasakan lagi Sarawak.

“Mudahan kita mendapat kemenangan besar dalam PRK ini, walaupun kecil biarlah keputusannya besar.

“Ini akan memberi kekuatan kepada kita (GPS) dan seterusnya cepatlah kita ambil Pelabuhan Bintulu nanti,” katanya dalam majlis pengumuman calon GPS bagi PRK DUN Jepak di Hotel Magherita Plaza di sini, hari ini.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan Iskandar Turkee sebagai calon GPS bagi PRK DUN Jepak.

Justeru, beliau yakin rakyat Jepak akan memberi mandat kepada Iskandar bagi meneruskan usaha bekas penyandang, Datuk Talib Zulpilip dalam membawa pembangunan di Jepak khasnya dan Bintulu amnya.

“Kita akan terus bangunkan Jepak dengan mengambil kira kehendak masyarakat, termasuk menaik taraf kampung-kampung.

“Kita akan membuatnya seperti Darul Hana di Petra Jaya…kalau Petra Jaya ada Darul Hana, Jepak juga mesti ada Darul Hana,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim