ARTIKEL

PRK DUN Jepak: Pengundi Dayak harus turun mengundi calon GPS meskipun pasti menang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JEPAK: Pengundi Iban di lebih 90 buah rumah panjang di sini harus turun mengundi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak pada 4 November nanti, meskipun beliau diyakini pasti menang.

Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri John Sikie Tayai berkata ia kerana undi Dayak itu sangat penting sekali gus membuktikan sokongan padu khususnya kepada GPS untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan berkenaan, yang secara tidak langsung memanfaatkan mereka.

“Kali ini, saya harap kira-kira 7,000 orang pengundi Dayak yang merangkumi 35 peratus keseluruhan pengundi di DUN Jepak memberi sokongan penuh kepada calon GPS.

“Ini penting sebab wakil rakyat baharu itu nanti pasti akan membantu mereka terutama dalam ekonomi,” katanya ketika ditemu-bual selepas Program Randau Bersama Pemimpin di Rumah Joshua Manit, Sungai Setiam di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Menjelas lanjut, John Sikie yang juga Menteri di Jabatan Premier berkata komuniti Iban di sini boleh dibantu dalam kemajuan ekonomi dari segi pertanian, dengan membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

“Kalau dilihat, kebanyakan tanah belum lagi dibangunkan atau boleh dikatakan, aktiviti pertanian masih kurang.

“Jadi kita ada Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yang boleh membantu…banyak bantuan yang dapat kita bagi untuk mereka bangunkan pertanian,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga harus ditekankan untuk anak-anak Iban di sini.

“Ini kerana Jepak adalah kawasan perindustrian yang sedang membangun.

“Jadi adalah perlu untuk anak-anak kita dilengkapi dengan TVET agar dapat memenuhi permintaan tenaga kerja yang diperlukan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan