ARTIKEL

PRK Jepak: Kempen dalam suasana aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak yang sudah dijalankan selama tujuh hari berlangsung dalam suasana aman apabila penyebaran berita palsu, provokasi dan hasutan menunjukkan trend menurun.

 Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ia merupakan perkembangan positif susulan gerak kerja kempen kali ini menggunakan strategi yang sangat berbeza.

 “Kita mahu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan peribadi untuk memperkenalkan diri kerana beliau ialah calon baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sembang Warung, di Sri Kandi Cafe di sini semalam.  

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan sesetengah rakyat di DUN Jepak masih keliru dengan beberapa polisi dan agenda kerajaan. 

 “Mereka ingin tahu apa itu digital ekonomi, teknologi hijau, hidrogen dan sebagainya. 

“Jadi sepanjang tujuh hari ini banyak pertemuan kecil untuk menjawab semua persoalan ini,” ujarnya. 

 Dalam pada itu, beliau memberitahu golongan muda kurang berminat dengan politik kerana sentiasa dikaitkan dengan kontroversi dan integriti. 

“Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana mempunyai persepsi itu.

Tetapi sekiranya mereka benar-benar mementingkan hala tuju dan kebajikan negara serta visi dan misi, saya galakkan mereka belajar serba sedikit tentang politik. 

“Kerana jika orang baik tidak masuk politik, maka orang jahat akan masuk politik, rakyat akan dipimpin oleh pimpinan yang korup. Maka sudah tentu rakyat akan rugi. 

“Dalam keadaan sekarang, apa yang penting ialah kerajaan dan kepimpinan politik berfungsi agar ekonomi negara dapat dipulihkan,” tambahnya lagi.  

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, Iskandar serta tetamu lain

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah