ARTIKEL

PRK Jepak: Lebih 1,000 penyokong iringi calon GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengiringi calon GPS, Iskandar Turkee bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak, hari ini.

Abang Johari yang berbaju korporat GPS bersama-sama rombongan penyokong berarak bersama calon ke pusat penamaan di Dewan Suarah Bintulu, pada jam 8 pagi.

Turut mengiringi calon, dua Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden SUPP merangkap Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Hui Kian, Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Henry Harry Jinep, Presiden Parti Rakyat Sarawak(PRS) Datuk Joseph Salang Gandum serta barisan pemimpin parti komponen GPS yang lain.

Kira- kira 1,000 orang penyokong GPS berarak bermula dari bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak(WI) Bintulu menuju ke pusat penamaan calon.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak itu susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu akibat komplikasi buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis.

Talib menyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada pilihan raya negeri 2021, beliau memenangi Jepak untuk GPS dengan 6,277 undi, majoriti 4,243 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu(PSB) Raba’ah Tudin (2,034 undi), Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon bebas Tuah Kazan (141).

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga