ARTIKEL

PRK Kemaman: Seramai 141,043 memilih wakil rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 141,043 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.

Tepat pukul 8 pagi, 49 pusat mengundi dengan 244 saluran akan dibuka sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di Chukai.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu boleh mencapai sehingga 70 peratus, namun bergantung kepada keadaan cuaca, yang diramalkan hujan sepanjang hari di kawasan parlimen berkenaan hari ini.

Secara keseluruhan 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Bagaimanapun semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 Nov lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

PRK Kemaman merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept, PRK DUN Pelangai pada 7 Okt dan PRK Parlimen Jepak pada 4 Nov. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta