ARTIKEL

Semalam Pang Sock Tao (tengah) turut diiringi Zahid Hamidi (dua kanan) dan Anthony Loke (kanan) ketika hadir bersama para penyokong ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon – Anthony Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke berkata ini dibuktikan dengan kehadiran Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika proses penamaan calon semalam.

Beliau berkata selain itu, jentera Wanita UMNO juga telah digerakkan bagi membantu siri kempen calon.

“Kita tiada masalah bekerjasama dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan, hari ini pun Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah hadir bagi memberi sokongan.

“Saya nampak komitmen yang cukup tinggi daripada BN, Wanita UMNO juga telah pun digerakkan, ditambah dengan jentera PH, kita yakin kita akan dapat menjalankan kempen dengan baik,” katanya di sini semalam.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRK KKB di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini.

PRK KKB, yang bermula hari ini, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao yang dipertaruhkan untuk mewakili PH, dicabar pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut mewakili PN, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK KKB diadakan ekoran kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri