ARTIKEL

PRK Kuala Kubu Bharu: PN adakan mesyuarat Majlis Tertinggi Isnin ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU, Kelantan: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Isnin ini bagi pemilihan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Ahli Majlis Tertinggi PN yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata mesyuarat dijadual berlangsung di ibu negara pada 5 petang Isnin dan dijangka dihadiri semua wakil parti komponen dalam PN.

“Semua parti akan kemukakan cadangan masing-masing mengenai calon yang layak untuk bertanding bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu. 

“Calon yang dipilih mestilah bermaustatin di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Parlimen Kota Bharu di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong ekoran kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baharu adalah seramai 40,226 orang yang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tangan Aishwarya Rai cedera

ASISHWARYA Rai kelihatan berlepas ke Cannes bersama-sama anak perempuannya, Aaradhya Bachchan dari Lapangan Terbang Mumbai. Namun, lengan kanannya dibalut dengan anduh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan

Fasa pertama KUTS beroperasi pada akhir 2027

KUALA LUMPUR: Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu