Trending

PRN-12 Sarawak: 7,434 pegawai, anggota PDRM ditugaskan pada hari mengundi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING:  Seramai 7,434 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan semasa hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember ini.

Manakala sepanjang tempoh penamaan calon dan tempoh berkempen pula, seramai 5,522 pgawai dan anggota dikerahkan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, jumlah tersebut merangkumi bantuan dari luar kontinjen Sarawak iaitu seramai 333 orang pegawai kanan dan pegawai rendah polis daripada Sabah, Bukit Aman dan juga Semenanjung.

Tambahnya, Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) turut menyediakan empat Pasukan Public Order and Riot Unit (PORU) sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangkaan sepanjang tempoh pilihan raya dijalankan.

“Dua daripada unit tersebut berada di Batalion 11 PGA Kuching, satu di Batalion 10 PGA Sibu dan satu unit lagi di Batalion 12 PGA Miri dengan kekuatan empat pegawai kanan polis dan 188 pegawai rendah polis.

“Manakala satu unit Pasukan Water Canon juga turut bersiap siaga di Batalion 11 PGA Kuching dengan kekuatan seorang pegawai dan 10 pegawai rendah polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak di Batu Kawa, di sini, hari ini.

Sementara itu, Aidi berkata seramai 10,458 orang polis dan PGA serta pasangan mereka akan mengundi awal pada 14 Disember ini (Selasa).

Tambah beliau, sebanyak 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran akan disediakan yang terdiri daripada Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD, Rumah Perkep, pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan sekolah.

Aidi turut mendedahkan sebanyak 103 permohonan permit telah diterima daripada parti-parti yang bertanding di seluruh Sarawak dalam tempoh 6 Disember hingga semalam (7 Disember).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru