CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

PRN-12: Terserah kepada Ketua Menteri tentukan calon untuk Tebedu- Manyin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP... Penyandang kerusi Dun Tebedu Datuk Amar Micheal Manyin Jawong

KOTA SAMARAHAN: Penyandang kerusi Dun Tebedu Datuk Amar Micheal Manyin Jawong menyatakan kedudukannya untuk kekal bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) hanya dapat diketahui sebaik keputusan nama calon diumumkan.

Menurutnya, keputusan akhir berhubung calon yang akan bertanding di kerusi Dun Tebedu itu akan diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Biar Ketua Menteri mengumumkan perkara itu nanti kerana beliau lebih berhak untuk mendedahkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara RENG College of Technology and Design dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Samarahan 2, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak mempunyai kuasa bagi menentang keputusan yang bakal dikeluarkan Ketua Menteri sekiranya jawatan kerusi terbabit digantikan dengan calon baharu.

Ujarnya, beliau antara ahli kabinet yang tertua di Sarawak, dengan menjadi wakil rakyat Dun Tebedu sepanjang tempoh lima penggal.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru