ARTIKEL

PRN di enam negeri tidak menggugat Kerajaan Perpaduan – Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri Semenanjung Malaysia pada 12 Ogos ini tidak akan menggugat kestabilan kerajaan persekutuan.

Demikian tegas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berkata Kerajaan GPS akan terus menyokong dan bekerjasama dengan pentadbiran sedia ada di peringkat persekutuan, tanpa mengira keputusan PRN di enam negeri berkenaan.

“Sokongan dan kerjasama antara GPS dan kerajaan persekutuan hari ini tidak akan menghalang apa jua keputusan pilihan raya negeri akan datang.

“Namun, kita juga berharap rakan kita yang kita sokong di kerajaan pusat memenangi pilihan raya tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Royal Kuching Cruise di Tebingan Sungai Kuching, di sini, malam tadi.

Semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur 11 Julai lalu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, Abang Johari berkata adalah penting Kerajaan Perpaduan sedia ada dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang dihasratkan oleh rakyat demi kestabilan sosio-ekonomi negara.

Baca lain  Dipenjara dua tahun gagal lapor diri

Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh