Trending

PRN Sarawak: Berhenti kempen tengah malam ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak diingatkan untuk menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk melalui sosial media pada jam 11.59 malam ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, semua aktiviti termasuk merayu undi hendaklah dihentikan selepas tamat tempoh tersebut.

“Mana-mana pihak juga tidak boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi termasuk melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung semasa Hari Mengundi.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan undang-undang,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru