ARTIKEL

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat, sidang media khas 24 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada Rabu, 24 November 2021.

Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan bermula pada pukul 9.00 pagi, di sini.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak.

“Ia termasuk membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, satu sidang media khas akan diadakan selepas mesyuarat tersebut bagi mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan dan perkara-perkara berkaitan.

Untuk rekod, DUN Sarawak terbubar secara rasmi pada 3 November lalu selepas penamatan Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU