ARTIKEL

PRN12: PRS kekal muka lama, sudah hantar senarai calon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) termasuk menyenaraikan semua penyandang kerusi Dun sedia ada.

Menurut Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, kesemua nama tersebut telah diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk persetujuan.

“Nama-nama ini telah dibincang dan dipersetujui diperingkat parti yang diketuai Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing.

“Setakat ini kita mencalonkan semua penyandang sedia ada untuk bertanding, tetapi ia terpulang kepada Ketua Menteri untuk menilai dan mempersetujui berdasarkan prestasi semua calon,” katanya.

Snowdan yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita ketika menyambut ketibaan atlet bina badan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini, hari ini.

Tambah Adun Balai Ringin itu, beliau juga akan terus mempertahankan kerusinya dan yakin akan menang kerana tahu kekuatan serta prestasi pihaknya.

“Masih banyak kawasan yang perlu dibangunkan terutamanya di luar bandar dan ia amat penting untuk diteruskan.

“Maka pilihan terbaik adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana kita sebuah parti tempatan yang tiada kaitan dengan parti politik dari Semenanjung mahupun Sabah,” jelasnya

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu