ARTIKEL

Pro-Palestin di Washington tuntut gencatan senjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Puluhan ribu orang berhimpun di Washington DC pada Sabtu bagi menyertai perarakan untuk menuntut gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan menamatkan bantuan ketenteraan yang disalurkan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel.

Perhimpunan anjuran American Muslim Task Force on Palestine, ANSWER Coalition (Bertindak Sekarang untuk Menghentikan Perang dan Perkauman), dimulakan dengan ucapan daripada rakyat Amerika yang keluarga mereka terbunuh di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Peserta perhimpunan melaungkan ‘bebaskan Palestin, adakan gencatan senjata sekarang dan tamatkan pendudukan’ sambil memegang papan tanda yang berbunyi; ‘Tamatkan perang ke atas Gaza dan Biarkan Gaza Terus Hidup.’

Ketua Biro Al Jazeera di Gaza, Wael alDahdouh yang isteri, anak perempuan, dua anak lelaki dan seorang cucunya terbunuh dalam serangan Israel, adalah antara yang berucap melalui pautan video, selain calon presiden AS, Cornel West dan Jill Stein dan anak kepada Malcolm X, Ilyasah Shabazz.

Seramai 112 wartawan dan jurugambar terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Israel dalam tempoh tiga bulan lepas.

Ketua biro itu berkata jumlah berkenaan tidak pernah terjadi dalam mana-mana peperangan, termasuk semasa perang Vietnam

. “Nampaknya Israel tidak suka kami menjalankan tugas kami sepenuhnya.

Kami beri jaminan kepada anda bahawa kami akan terus membawa mesej dan memenuhi kewajipan kami,” katanya.

Lebih 23,800 rakyat Palestin di Gaza maut akibat serangan udara dan darat tanpa henti tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Kempen ketenteraan Israel juga menyebabkan pengusiran secara besarbesaran, kemusnahan dan kelaparan dengan ratusan ribu penduduk tiada tempat berlindung. – Bernama-Anad

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.